For Married Couples

Siri Syurga Dunia

Rahsia Menambat Hati Pasangan

Macam kucing dengan anjing… pasti bergaduh selalu! Ini kerana si kucing dan si anjing banyak perbezaan, antaranya dari segi tabiat, sifat dan bahasa. Bayangkan kalau si anjing boleh mengiau atau si kucing boleh menggonggong – tentu mereka boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki hubungan mereka. Begitulah juga hidup bersuami isteri. Jika pasangan dapat memahami perbezaan antara satu sama lain, mungkin banyak perselisihan dapat dielakkan. Salah satu daripadanya ialah perbezaan personaliti atau sifat.

Banyak kaedah psikosomatik telah diwujudkan untuk mengetahui profil personaliti seseorang. Antaranya ialah D.I.S.C profil yang digunakan APKIM Resources agar pasangan mengenali profil mereka dan membantu mengenalpasti cara komunikasi yang bersesuaian, menangani konflik dengan lebih efektif serta membuat penyesuaian dengan lebih mudah dan cepat.

Sebagai contoh, profil personaliti akan membantu seseorang memahami mengapa beliau tidak suka perbincangan. Ini akan membantu pasangannya memikirkan cara-cara yang dapat mewujudkan suasana agar perbincangan dapat dilakukan dengan selesa. Banyak lagi faedah yang boleh kita raih dengan mengetahui profil pasangan kita. Kerana itu, APKIM kini mengadakan Siri Syurga Dunia : Rahsia Menambat Hati Pasangan agar pasangan yang telah mendirikan rumahtangga (samada baru ataupun sudah lama) dapat mengukuhkan lagi mahligai yang telah dibina.

Sesi selama 2 jam ini akan diadakan pada hari-hari Sabtu bermula di bulan April, jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari di pejabat APKIM Resources, 134 Arab Street. Bayaran sebanyak $28 seorang (potongan harga $3 bagi bekas peserta KBRT APKIM). Sila mendaftar secara online atau hubungi kami di talian 62951011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *